MY VIDEOS N SLIDE SHOW

Páginas

Reflection 1 - Integrasi ICT


Pada minggu pertama kuliah dalam subjek Teknologi dan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Biologi, saya telah diminta untuk menghantar tugasan mengenai integrasi ICT di sekolah terutamanya di sekolah bestari. Syukur alhamdulillah, tugasan tersebut dapat menambahkan lagi pengetahuan saya mengenai ICT terutamnya di Malaysia.

Daripada pembacaan saya, perkembangan internet dan ICT tidak dapat dinafikan dapat membawa pelbagai kebaikan kepada semua terutamanya kepada pelajar dan sistem pendidikan. Perkembangangan teknologi maklumat dan komunikasi membuka dimensi baru kepada sistem pendidikan negara. Seiring dengan perkembangan tersebut, pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin terbuka dan menyeronokkan.

Antara kebaikan yang sangat jelas yang dapat membawa kemajuan dalam sistem pendidikan ialah  penggunaan ICT juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar, membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar dan terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa, meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid, memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima dan juga seharusnya dapat meningkatkan kemahiran ICT.

ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi seperti pembelajaran yang berbentuk inkuari penemuan, pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar, aktiviti yang berkaitan kajian masa depan dan aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan keperluan dan kesediaan murid akan memerlukan sumber pembelajaran yang banyak dan pelbagai. Dengan adanya komputer dan capaian internet sebagai pengupaya, pelbagai perisian aplikasi, perisian kursus dan perisian rujukan dari pasaran boleh digunakan untuk membantu murid belajar secara berdikari, dan memudahkan pelaksanaan pembelajaran bestari di sekolah.

Penggunaan ICT haruslah diterapkan dari peringkat rendah lagi supaya pelajar dapat menerima perkembangan teknologi pada peringkat awal dan seterusnya menjadi sebahagian daripada kehidupan pelajar. Jika pelajar sudah terbiasa dengan kemajuan ICT ini, tidak lagi timbul masalah takut pada teknologi. Tiada lagi istilah teknologi menyusahkan. Malah pelajar semakin terbuka dan kreatif seiring dengan perkembangan teknologi.

Pada masa ini, usaha untuk menggalakkan penggunaan ICT di sekolah sedang giat dilakukan dan menyeluruh dilakukan tanpa mengira tempat dan status sekolah. Namun diharapkan, segala masalah yang berkaitan haruslah dapat diatasi dengan sebaiknya dan segala penambahbaikan haruslah diusahakan agar perkembangan ICT ini dapat  digunakan dengan sebaiknya.

0 comments:

Post a Comment

 
Plantilla Minima modificada por Urworstenemy