MY VIDEOS N SLIDE SHOW

Páginas

Reflection 2 - Smartboard


Pada minggu seterusnya, saya telah mempelajari sesuatu yang baru iaitu smartboard. Smartboard dengan kata lain ialah papan pintar atau papan putih interaktif elektronik. Smartboard ialah sebuah peranti persembahan yang bersemuka dengan sebuah komputer. Imej komputer dipaparkan ke atas papan oleh projektor yang boleh ditonton dan dimanipulasi. Pengguna boleh mengawal kedua-dua perisian daripada komputer dan dari papan. Pada masa ini penggunaan smartboard masih lagi baru di sekolah-sekolah di Malaysia. Penggunaan smartboard adalah juga seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin berkembang pada masa ini.

Penggunaan smartboard bermaksud imej dari komputer yang dipaparkan di papan putih melalui projektor. Papan putih bertindak seperti papan sesentuh di mana guru hanya menekan atau menyentuh papan putih untuk mengajar. Guru juga dapat menulis, melakar atau mencorek apa sahaja di papan pintar seperti mana papan hitam dan juga boleh dipadam dengan mudah. Apa yang menarik kuiz interaktif yang sedia ada di dalam fail dalam smartboard yang akan menarik minat pelajar untuk fokus di dalam kelas. Selain papan pintar yang boleh disentuh, ia juga dapat dikawal melalui komputer.

Sememangya penggunaan smartboard di dalam kelas akan meningkatkan keinginan pelajar untuk belajar. Pembelajaran interaktif akan membuatkan pelajar menjadi seronok, tidak bosan dan mudah untuk memahami sesuatu topik matapelajaran. Banyak faedah yang boleh diperolehi melalui pembelajaran melalui smartboard berbanding cara biasa iaitu papan hitam atau papan putih. Penggunaan smartboard bukan hanya memberi faedah kepada pelajar tetapi guru juga turut mendapat kesan yang positif. Penggunaan smartboard bukan sahaja dapat memudahkan pengajaran guru malah guru juga akan berasa seronok kerana pelajar lebih memberi tumpuan dan keputusan peperiksaan mugkin lebih memberangsangkan.
 
Plantilla Minima modificada por Urworstenemy