MY VIDEOS N SLIDE SHOW

Páginas

Reflection 5 - Keseluruhan Blog

Teknologi dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran sains… Subjek untuk semester 2 yang sememangnya membuka pengetahuan saya dalam sistem pendidikan negara dan  global seiring dengan perkembangan teknologi dan maklumat. Tanpa pendedahan dan pengetahuan kita akan menganggap teknologi itu menyusahkan tapi apabila kita telah diberi pendedahan, teknologi inilah yang akan memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasan dan perjalanan. Seperti sedia maklum, seiring dengan masa, banyak perubahan yang telah berlaku. Pengajaran secara tradisional, mengajar melalui buku teks dan papan hijau tidak lagi mampu menarik fokus pelajar terhadap pelajaran. Dengan adanya perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, banyak perubahan dalam cara dan kaedah pengajaran dapat diubah dan dipertingkatkan.

Pada awalnya saya telah mendapat pendedahan mengenai educational blogging yang sememangnya satu kaedah yang berjaya dalam menyampai maklumat pengajaran. Pelbagai ilmu, aktiviti-aktiviti ilmiah dapat dimasukkan ke dalam blog sebagai cara untuk menyampaikan ilmu. Saya juga telah mendapat pendedahan mengenai smartboard, lecture maker, picasa dan juga free mind. Smartboard dan lecture maker bolehlah diguna secara meluas sebagai menggantikan power point kerana kedua-dua perisian ini lebih interaktif daripada power point. Perisian-perisian ini amatlah mengagumkan kerana dengan adanya pelbagai perisian interaktif ini pastinya tidak akan membuat pelajar berasa bosan dan ilmu yang disampaikan akan lebih mudah diterima oleh pelajar.

Secara keseluruhannya, teknologi baru sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Negara amatlah baik dan membawa pelbagai kesan positif dalam arena pendidikan. Pelbagai pihak haruslah menggunakan kelebihan teknologi yang ada pada masa kini untuk diterapkan bukan sahaja dalam bidang pendidikan tetapi dalam kehidupan seharian keseluruhannya.

0 comments:

Post a Comment

 
Plantilla Minima modificada por Urworstenemy