MY VIDEOS N SLIDE SHOW

Páginas

Reflection 3 - Lecture Maker


Lecture maker ialah aplikasi baru yang hampir menyamai power point tetapi lebih interaktif jika dibandingkan dengan power point. Lecture Maker tidak sukar untuk dikendalikan kerana sesiapa yang sudah biasa dengan aplikasi Microsoft PowerPoint dapat menggunakannya dengan baik memandangkan antara muka perisian itu mesra pengguna. Kita boleh memasukkan teks dan grafik pada bahan pembelajaran mereka dengan mudah, malah perisian itu turut dilengkapi ciri-ciri tambahan komponen multimedia termasuk merakam, menyunting video, menambah audio dan sebagainya.

Dengan adanya komponen multimedia ini, pengguna terutama tenaga pengajar dapat membangunkan satu kandungan e-pembelajaran interaktif untuk pelajar-pelajar. Perisian ini juga didatangkan dengan beberapa contoh templat reka bentuk bentangan untuk digunakan dalam pembangunan kandungan e-pembelajaran mengikut kreativiti. Bahan-bahan multimedia lain seperti fail Macromedia Flash, bahasa penanda hiperteks (HTML), Microsoft PowerPoint, imej dan banyak lagi juga boleh dimasukkan untuk memastikan bahan yang lebih interaktif dapat disediakan.
Aplikasi menyunting untuk mereka grafik sesuai bagi membuat graf, formula, kotak teks, jadual, bentuk, karakter istimewa disediakan berbanding menggunakan imej sebelum ini termasuk penggunaan video, mikrofon dan kamera web. Lecture Maker bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan tenaga pengajar tetapi juga para pelajar. Mereka boleh menggunakan perisian itu bagi menunjukkan kreativiti dan kemahiran pembentangan melalui penghasilan multimedia menarik.


0 comments:

Post a Comment

 
Plantilla Minima modificada por Urworstenemy