MY VIDEOS N SLIDE SHOW

Páginas

Reflection 4 - Picasa


Picasa ialah perisian yang boleh dimuat turun secara percuma dari internet. Google secara automatik akan mencari dan menyusun semua gambar dalam komputer ke dalam album picasa mengikut tarikh gambar tersebut diambil. Aplikasi pengubahsuaian yang terdapat dalam picasa termasuklah menghilangkan kesan mata merah, pengubahsuaian kesan warna, mengubah saiz, mengecilkan gambar dan mengubah kecerahan. Kita juga dapat membuat slideshow dan menyusun dalam timeline display.

Universiti bercuti panjang bersempena dengan cuti pertengahan semester dan sambutan perayaan pada bulan November. Untuk tidak membuang masa pembelajaran yang makin hampir ke hujung semester, pensyarah telah meminta kami untuk membuat tugasan mengenai picasa. Bagi sesetengah peminat fotografi, picasa bukanlah sesuatu yang asing buat mereka. Namun ia sesuatu yang baru buat saya. Seperti yang diminta oleh pensyarah saya telah belajar sedikit sebanyak mengenai picasa melalui you tube. Selepas itu, saya telah memuat turun perisian picasa ke komputer saya dan terus mencuba untuk mengedit gambar yang terdapat dalam album picasa saya. Memang seronok apabila kita dapat mengubahsuai koleksi gambar yang kita ada kepada bentuk yang kita kehendaki.

Tugasan kali ini untuk pelajaran picasa ialah membuat projek sains melalui picasa. Setelah memikirkan projek sains yang hendak dibuat, saya telah mencari dan memuat turun gambar dari internet dari pelbagai sumber. Gambar tersebut diedit dan disusun sehinggalah menjadi satu video berbentuk sains. Pada pandangan saya, picasa adalah salah satu bentuk pendidikan yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Picasa bukanlah terarah kepada gambar sahaja tapi guru boleh menggunakan perisisan ini untuk membuat satu video mengikut kekreatifan masing-masing dan ditayangkan di dalam kelas. Mungkin kaedah ini juga dapat menarik pelajar untuk fokus di dalam kelas.

0 comments:

Post a Comment

 
Plantilla Minima modificada por Urworstenemy